Terma & Perlaksanaan

Elsuffah akan memproses tempahan anda setelah tempahan dan bayaran lengkap diterima. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, mendapatkan maklum balas serta mengesahkan maklumat tempahan, anda mungkin akan dihubungi melalui panggilan telefon / whatsapp. Ia bergantung kepada kapasiti penyertaan. 

Elsuffah menawarkan panggilan akad sebagai tambahan perkhidmatan kami.  Walaubagaimanapun, jika anda tidak di hubungi untuk bacaan akad, penyertaan anda telah di kira SAH. Untuk makluman, sebelum anda lakukan pembayaran secara Online, anda di WAJIB kan untuk membaca Akad yang tertera sebelum meneruskan pembayaran secara Online. Akad pelanggan telah pun termaktub selepas tempahan dilakukan. 

Elsuffah menggunakan sistem digital sepenuhnya untuk menguruskan maklumat tempahan pelanggan. Kami menawarkan pelbagai kaedah dan langkah untuk memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan pantas diantara pelanggan, pengurusan serta pihak yang terbabit didalam pelaksanaan ibadah. Di dalam situasi berlaku kesilapan maklumat tempahan, yang dipersetujui dan dibuktikan kesalahan terjadi disebabkan kecuaian pegawai Elsuffah, pelanggan berhak menuntut pembatalan tempahan.

Tempoh pemberian bukti perlaksanaan akan di berikan dalam jangkamasa 14 hari selepas hari ke 4 sembelihan. Faktor logistik di negara terlibat di ambil kira.